Tiada Lagi Caruman Wajib, Skim Lindung 24 Jam Bertukar Jadi Sukarela

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 7:00 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan memutuskan caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak lagi diwajibkan, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

Jemaah Menteri sudah putuskan

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak mengenai pelaksanaan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja.

“Justeru, Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bahawa caruman tersebut tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.
“Kenyataan lanjut berhubung keputusan ini akan diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: Tiada Lagi Caruman Wajib, Skim Lindung 24 Jam Bertukar Jadi Sukarela

Image from: Tiada Lagi Caruman Wajib, Skim Lindung 24 Jam Bertukar Jadi Sukarela

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas kerajaan meneliti reaksi orang ramai terhadap pelaksanaan skim berkenaan yang sebelum ini dicadangkan sebagai caruman mandatori.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan menjelaskan kadar caruman sebanyak 0.75 peratus adalah jauh lebih rendah berbanding kebanyakan produk insurans yang ditawarkan di pasaran.

Menurut beliau, kadar tersebut wajar dilihat sebagai satu pelaburan kecil bagi mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh, bukannya sebagai beban kepada pencarum.

Skim Lindung 24 Jam diwujudkan bagi memberi perlindungan kepada pekerja dan keluarga mereka sekiranya berlaku kemalangan atau musibah di luar waktu bekerja, sekali gus melengkapkan jaringan keselamatan sosial sedia ada di bawah Perkeso.

Dengan keputusan terbaharu ini, penyertaan ke dalam skim tersebut kini bergantung kepada pilihan pekerja dan majikan, sementara penjelasan lanjut dijangka diumumkan oleh Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil

The post Tiada Lagi Caruman Wajib, Skim Lindung 24 Jam Bertukar Jadi Sukarela appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved