Caruman Skim LINDUNG 24 Jam Kepada Pekerja Tidak Lagi Mandatori – Fahmi Fadzil

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 11:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Caruman Skim LINDUNG 24 Jam Kepada Pekerja Tidak Lagi Mandatori – Fahmi Fadzil

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada awal Jun lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan mengumumkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan meluaskan jaringan Keselamatan Sosial buat pekerja formal termasuk kemalangan dan bukan bencana kerja di luar waktu pekerjaan menerusi pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam.

Perkara itu bagaimanapun kurang disenangi segelintir pihak. Namun beliau kemudian berkata ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu beban, sebaliknya ia adalah perlindungan yang penting kepada pencarum dan keluarga.

Caruman Skim LINDUNG 24 Jam bukan lagi mandatori

Terbaharu jemaah Menteri pada hari ini (8 Julai) telah sebulat suara memutuskan caruman berkenaan bukan lagi mandatori (wajib) kepada semua pekerja dan ia berkuat kuasa serta-merta.

Jelas Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil keputusan itu sekali gus menunjukkan caruman sebanyak 0.75% (fasa pertama) daripada gaji individu yang bekerja dibuat secara sukarela.

Pekerja akan mencarum dalam LINDUNG 24 jam secara sukarela

“Perdana Menteri telah membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75% daripada gaji pekerja bagi LINDUNG 24 Jam bawah PERKESO.

“Justeru, Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bahawa caruman itu tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

“Kenyataan lanjut berhubung keputusan ini akan diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),” ujarnya, lapor Berita Harian.

Caruman LINDUNG 24 jam ditanggung oleh pekerja

Terdahulu PERKESO telah menguatkuasakan skim berkenaan bermula pada 1 Jun yang lalu.

R. Ramanan memaklumkan skim berkenaan diperkenalkan melalui pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, di mana ia memperuntukkan jaringan perlindungan keselamatan sosial yang lebih meluas di negara ini.

Malah perkara itu termasuk semasa cuti umum serta hari kelepasan am.

Ramanan dilaporkan memaklumkan caruman skim LINDUNG 24 jam itu dilakukan secara berperingkat mengikut fasa, selain itu ia juga tertakluk kepada had siling gaji untuk maksud caruman iaitu RM6,000.

Caruman itu ditanggung sepenuhnya oleh pekerja dan ia dilakukan secara tiga peringkat iaitu:

  • Fasa pertama (dua tahun pertama) – 0.75%
  • Fasa kedua (tiga tahun berikutnya) – 1.00%
  • Fasa ketiga (tahun keenam dan seterusnya) -1.25%

Contoh kiraan mudah ikut gaji (Fasa 1 – 0.75%)

  • RM1,700 – akan mencarum sekitar RM12.75
  • RM3,000 – akan carum kira-kira RM22.50
  • RM5,000- akan mencarum sekitar RM37.50

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO Bukan Beban Sebaliknya Perlindungan Untuk Keselamatan Pekerja – Ramanan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved