Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

LocalCars
20 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Your-paragraph-text---2026-08-20T160754.647.png

Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang sering terikat dalam kesesakan panjang terutamanya pada musim cuti dan perayaan boleh menarik nafas lega.

Projek Pelebaran Lebuhraya KLK & Terowong Ketiga Genting Sempah

Projek Pelebaran Lebuhraya KLK dan Terowong Ketiga Genting Sempah bernilai RM2.1 bilion telah mula dibina pada 9 Mac lalu dan dijangka siap setahun lebih awal pada 2029.

Pelebaran Lorong: Laluan Gombak ke Genting Sempah ditambah daripada 3 kepada 4 lorong, manakala Genting Sempah ke Mempaga, Bentong ditambah daripada 2 kepada 3 lorong. Terowong Baharu: Terowong ketiga sepanjang 999 meter dibina menggunakan teknologi NATM untuk menampung aliran trafik yang mencecah lebih 135,000 kenderaan sehari. Tujuan Utama: Mengatasi kesesakan kronik laluan Lembah Klang ke Pantai Timur, terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan.

Ini kerana isu kesesakan kronik bakal diatasi secara menyeluruh menerusi Projek Pelebaran Lebuhraya KLK dan Pembinaan Terowong Ketiga Genting Sempah bernilai RM2.1 bilion.

Apa yang lebih menggembirakan, projek berimpak tinggi ini dijamin siap se tahun lebih awal daripada jadual asal, iaitu pada 2029 berbanding sasaran awal 2030.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,  kerja fizikal sudah bermula 9 Mac lalu selaras tarikh mula pembinaan (CCD) yang diluluskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

"Kita tahu betapa pentingnya projek ini untuk kita menangani masalah kesesakan dan juga keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya antara Lembah Klang ke Pantai Timur," katanya.

Langkah ini bakal membawa transformasi besar terhadap kualiti pemanduan dan keselamatan lalu lintas menerusi beberapa penambahbaikan utama:

Pelebaran Laluan Utama: Laluan dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah ditambah daripada 3 kepada 4 lorong, manakala laluan Genting Sempah ke Persimpangan Mempaga, Bentong (45.3km) ditambah daripada 2 kepada 3 lorong.

Terowong Ketiga Genting Sempah: Pembinaan terowong baharu sepanjang 999 meter menggunakan teknologi canggih New Austrian Tunnelling Method (NATM) akan beroperasi selari dengan dua terowong sedia ada.

Kapasiti Aliran Trafik Lebih Melimpah: Keupayaan lebuh raya bakal meningkat ganda bagi menampung kehendak semasa yang kini mencecah lebih 135,000 kenderaan sehari.

Kerja Fizikal Telah Bermula: Pembinaan rasmi sudah mula dijalankan sejak 9 Mac lalu di bawah kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Kumpulan AFA.

@import url('https://fonts.googleapis.com/css2?family=Poppins:wght@400;600;700;800&display=swap'); .klk-tldr-card { font-family: 'Poppins', system-ui, -apple-system, sans-serif; background-color: #ffffff; border: 2px solid #30a0c3; border-radius: 12px; padding: 24px; max-width: 680px; margin: 16px auto; box-shadow: 0 4px 15px rgba(48, 160, 195, 0.12); color: #2c3e50; box-sizing: border-box; } .klk-tldr-card h2 { font-family: 'Poppins', sans-serif; font-weight: 800; color: #30a0c3; font-size: 1.4rem; line-height: 1.3; margin: 0 0 16px 0; display: flex; align-items: center; gap: 8px; border-bottom: 2px solid #faa00c; padding-bottom: 8px; } .klk-tldr-card h2 span { background-color: #faa00c; color: #ffffff; font-size: 0.85rem; font-weight: 700; padding: 2px 8px; border-radius: 4px; text-transform: uppercase; letter-spacing: 0.5px; } .klk-tldr-card p { font-weight: 400; font-size: 1rem; line-height: 1.6; margin: 0 0 16px 0; color: #333333; } .klk-tldr-card strong { font-weight: 700; color: #30a0c3; } .klk-tldr-card ul { list-style: none; padding: 0; margin: 0; } .klk-tldr-card li { position: relative; padding-left: 24px; margin-bottom: 12px; font-size: 0.95rem; line-height: 1.5; color: #444444; } .klk-tldr-card li:last-child { margin-bottom: 0; } .klk-tldr-card li::before { content: "•"; color: #faa00c; font-weight: bold; font-size: 1.5rem; position: absolute; left: 4px; top: -4px; } .klk-tldr-card li strong { color: #2c3e50; font-weight: 700; } @media (max-width: 480px) { .klk-tldr-card { padding: 16px; } .klk-tldr-card h2 { font-size: 1.2rem; flex-direction: column; align-items: flex-start; } }
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved