Tiada Lagi Proton Saga Manual, Kalau Nak Beli, Cepat Beli Sebelum Hujung Tahun Ini

LocalCars
26 Sep 2024 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Bagi yang mahu menempah Proton Saga manual, anda disarankan untuk membuat tempahan dengan segera memandangkan pengeluaran model itu akan ditamatkan pada hujung tahun ini.

Perkara itu sebenarnya disahkan oleh sumber dalaman Proton dengan mengesahkan bahawa pengeluaran Proton Saga yang menggunakan kotak gear manual akan dihentikan menjelang akhir tahun ini.

Ini bermakna, selepas ini kita hanya akan menemui model Proton Saga versi automatik.image is not available

Kami juga difahamkan bahawa Proton Saga dengan kotak gear manual lima-kelajuan ini hanya menyumbang kurang daripada 10% daripada jumlah jualan model tahun lepas.

Ini bermakna, permintaan untuk pilihan manual dalam Saga daripada pembelinya semakin berkurangan.

Lagipun, tidak masuk akal sekiranya pembuat kereta nasional itu masih meneruskan versi manual jika kurang permintaan.

Untuk makluman anda bermula dari 2025, Proton sudah tidak lagi menawarkan model Proton versi manual sekali gus menjadikan Perodua adalah jenama yang masih menawarkan pilihan transmisi manual kepada pembeli dalam segmen kereta peringkat permulaan.

Buat masa ini, Perodua masih menawarkan Perodua Axia E versi manual yang dijual serendah RM22,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved