Tiada lagi wakil Malaysia di Terbuka Swiss 2025

FootballSports
22 Mar 2025 • 10:02 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kempen Malaysia di badminton Terbuka Swiss 2025 tamat pada Jumaat, lepas wakil terakhir negara iaitu pasangan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, terkeluar pada peringkat suku akhir.

Pasangan pilihan utama kejohanan itu gagal memberikan yang terbaik, kalah dalam dua set kepada pasangan pilihan kelapan dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada kejohanan Super 300 berlangsung di St. Jakobshalle, Basel.

Pasangan ke-13 dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk menewaskan Soon Huat-Shevon, 21-18, 21-10.

Dengan kemenangan ini pasangan Dechapol-Supissara telah menang tiga daripada lima perlawanan mereka sejak kali pertama bertemu pada Terbuka Artik 2024 di Finland.

Dechapol-Supissara akan bertemu Feng Yan Zhe-Wei Ya Xin hari ini pada peringkat separuh akhir selepas pasangan pilihan kelima kejohanan dari China itu mengalahkan pasangan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-18, 21-16.

Terbuka Swiss menawarkan hadiah keseluruhan USD250,000 (kira-kira RM1.11 juta).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved