Tiada masa nikmati ‘bulan madu’

LocalFootball
21 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada masa nikmati ‘bulan madu’

BARISAN pucuk pimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai masa untuk menikmati ‘bulan madu’ apabila terus berdepan pemantauan badan induk dunia, FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Langkah yang diperlukan ketika ini adalah mencari jalan penyelesaian, bukannya sekadar mengaku kewujudan masalah kerana pimpinan baharu FAM kini pastinya akan turut dinilai oleh peminat bola sepak tempatan.

Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, antara keutamaan kepimpinan baharu adalah menyelesaikan segera perkara yang dibangkitkan menerusi audit FIFA dan AFC sebelum ini.

“Sudah tentunya satu cabaran yang amat tinggilah bagi kami menduduki kerusi Jawatankuasa Eksekutif FAM ini. Tetapi, InsyaAllah, saya yakin dan percaya dengan barisan yang baharu, masing-masing akan fokus tentang permasalahan yang dibangkitkan semasa audit oleh FIFA, AFC yang lepas.

“Itu sebab mereka (FIFA dan AFC) akan melihat dari bulan ke bulan, masa ke semasa apa tindakan yang diambil di peringkat FAM. Itu kita kena selesaikan dan bersama-sama juga kita kena membuat pembaharuan, membetulkan atau pun mendapatkan sesuatu lebih baik dan meyakinkan peminat bola sepak negara,” katanya.

Tempoh kurang tiga tahun untuk melengkapkan penggal 2025-2029 bukannya masa yang agak panjang dan ia menuntut gerak kerja lebih pantas untuk memastikan segala teguran serta perkara yang perlu diperbaiki tidak sekadar dibincangkan, sebaliknya diterjemahkan menerusi tindakan lebih jelas.

“Ada berlaku krisis keyakinan, jadi kita kena atasinya untuk mengembalikan keyakinan dalam kalangan semua pemegang taruh, penyokong bola sepak dan khususnya rakyat Malaysia,” katanya.

 

The post Tiada masa nikmati ‘bulan madu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved