
KOTA BHARU – Negara tidak akan berdepan risiko muflis hanya kerana kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk membantu golongan miskin dan rakyat yang kurang berkemampuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah membuktikan bahawa tiada negara menjadi muflis kerana membantu rakyat susah, sebaliknya kerosakan negara berpunca daripada salah laku pemimpin, kelemahan tatakelola dan kerakusan mengaut kekayaan bukan hak mereka.
Menurutnya, kerajaan membuktikan komitmen membantu rakyat apabila memperuntukkan RM34 bilion tahun ini bagi peningkatan gaji minimum penjawat awam, Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
“Kerajaan menanggung kos sebanyak RM18 bilion bagi kenaikan gaji minimum penjawat awam sebanyak 15 peratus manakala RM16 bilion lagi diperuntukkan untuk Sara dan STR.
“Oleh itu, kerajaan menaikkan gaji minimum penjawat awam sebanyak 15 peratus tahun ini, walaupun kosnya kepada kerajaan sebanyak RM18 bilion. Kos untuk Sara dan STR tahun ini pula mencecah RM16 bilion, tetapi negara kita tidak terbeban,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud di pekarangan Aeon Mall, Lembah Sireh di sini hari ini.
Anwar memberitahu, negara boleh rosak dan musnah apabila pemimpin menyalahgunakan kuasa dan mengabaikan tatakelola sehingga kekayaan yang bukan hak mereka dibolot untuk kepentingan sendiri. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada negara muflis bantu rakyat miskin – PM appeared first on Kosmo Online.




![[VIDEO] Kylian Mbappe mohon maaf kepada rakyat China, terlanjur kata ketika podcast](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/mbbape-1024x538.webp)
