Tiada Pelaburan Dari Apple, Menteri Indonesia Larang Penjualan iPhone 16

Entertainment
12 Oct 2024 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Indonesia tidak membenarkan syarikat teknologi gergasi, Apple untuk menjual model telefon pintar terbahrunya, Iphone 16 di negara itu selagi syarikat berkenaan tidak memenuhi komitmen pelaburannya.

Memetik laporan Tempo, perkara itu diumumkan oleh Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita baru-baru ini.

image is not available

Pada masa ini, Apple masih belum memenuhi komitmen pelaburannya di negara ini dan memperbaharui pensijilan keperluan tempatan, dikenali sebagai TKDN.

Agus berkata Apple telah gagal mencapai komitmen pelaburannya kepada Indonesia, di mana realisasi pelaburannya hanya mencecah IDR1.48 trilion atau kira-kira RM405.76 juta daripada jumlah komitmennya sebanyak IDR1.71 trilion (bersamaan kira-kira RM467.5 juta).

Pensijilan TKDN Apple telah tamat tempoh dan untuk syarikat itu dibenarkan memperbaharuinya, syarikat itu mesti merealisasikan komitmen pelaburannya dan juga pelaburan tambahan.

image is not available

Tambah Agus, selepas komitmen pelaburan ini dipenuhi, Apple akan layak mendapat nilai TKDN sebanyak 40%, sekali gus membolehkan kemasukan Siri iPhone 16 dan produk Apple lain ke pasaran Indonesia.

Rakyat Indonesia mesti membayar cukai untuk telefon pintar yang diimport dan mendaftarkan peranti tersebut untuk dapat menggunakannya dengan rangkaian tempatan

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.