“Tiada peluang kedua buat Syamsul” – Puteri Sarah ‘Excited’ Failkan Penceraian Di Mahkamah Syariah

Entertainment
16 Jan 2023 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, pelakon Puteri Sarah kotakan janjinya untuk memfailkan penceraian dengan pengarah Syamsul Yusof, dia yang tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada jam 10.25 pagi tadi dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz dilihat bersemangat dan gembira, lapor Harian Metro.

 

“Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul.”

Ketika ditemubual oleh pihak media, Puteri Sarah menyatakan bahawa keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad dan menyatakan bahawa ini adalah jalan terbaik.

“Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad, saya gembira dan bersemangat,” katanya yang mengenakan jubah hitam.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga mengatakan bahawa dia begitu gembira kerana dua adiknya hadir menemani.

“Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani.”

Selain itu, Puteri Sarah juga diiringi oleh peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.

Sumber melaporkan bahawa kira-kira dalam 30 pengamal media berkumpul di perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi tadi untuk membuat liputan kes ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.