Tiada Pembida, Harga Rumah Sajat Diturunkan Lagi Dari RM4.68 Juta Menjadi …

21 Jul 2024 • 8:24 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Harga kediaman mewah milik usahawan Nur Sajat yang dilelong oleh bank telah diturunkan lagi, kini menjadi RM4.21 juta. 

Menerusi hantaran seorang ejen hartanah, rumah mewah itu tidak ada bidaan dibuat sejak Mei lalu menyebabkan harga kediaman itu dikurangkan. 

"Hari itu lelong RM4.68 juta, tapi tiada pembida. Sekarang bank sudah kurangkan harga lelong ke RM4.21 juta.
"Dulu selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ini RM9 juta," tulisnya.

Kata ejen hartanah itu, kediaman mewah dua tingkat itu terletak di Seksyen 10 Petaling Jaya dengan keluasan 11,093 kaki persegi dan memiliki enam bilik serta tujuh bilik air. 

Katanya lagi, tarikh lelongan seterusnya bermula pada 2 September depan. 


Terdahulu, Sajat mengesahkan bahawa rumah mewahnya itu akan dilelongkan dengan harga RM4.68 juta sejak dia menetap di Australia. 

Menurutnya lagi, semua harta miliknya juga sudah tiada di Malaysia termasuklah kereta dan perniagaan yang ditinggalkan di sini.

Sumber: Harian Metro