Tiada Pengecualian! KKM Ambil Tindakan Tegas Kakitangan Merokok Di Premis Makanan

LocalHealth & Fitness
23 Mar 2026 • 8:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap seorang penjawat awam selepas didapati merokok di sebuah premis makanan di Rawang, baru-baru ini.

Tindakan itu diambil susulan video kejadian berkenaan tular di media sosial pada 23 Mac lalu.

Hasil siasatan mendapati individu terbabit merupakan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak dan telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 16(2) Akta 852 kerana merokok di kawasan larangan.

“Tindakan kompaun telah pun dikeluarkan kepada individu tersebut di bawah Seksyen 16(2) (No. 4: merokok di tempat makan) Akta 852,” menurut kenyataan KKM, hari ini.

image is not available

Selain kompaun, tindakan tatatertib dalaman juga akan diambil selaras dengan peraturan perkhidmatan awam.

Artikel lain: Tular Anggota Merokok Di Restoran, Siasatan Tatatertib Dijalankan – Polis

KKM dalam masa sama menegaskan premis makanan merupakan antara kawasan larangan merokok yang diwartakan dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang.

image is not available

Orang ramai turut digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu memperkukuh penguatkuasaan serta melindungi kesihatan awam.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia

The post Tiada Pengecualian! KKM Ambil Tindakan Tegas Kakitangan Merokok Di Premis Makanan appeared first on Borak Daily.