Tiada pertubuhan Nigeria berdaftar atas nama De Norsemen

17 Nov 2026 • 3:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiada pertubuhan Nigeria berdaftar atas nama De Norsemen

PETALING JAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan tiada pertubuhan berdaftar atas nama De Norsemen Kclub International (DNKI) susulan isu status kumpulan itu yang menjadi persoalan orang ramai ketika ini.

JPPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung aktiviti yang dikaitkan dengan kumpulan dianggotai warga Nigeria itu selepas gambar dan video perjumpaan mereka tular di media sosial.

Menurut kenyataan itu, semakan rekod jabatan mendapati tiada pertubuhan berdaftar menggunakan nama De Norsemen Kclub International.

“JPPM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi memastikan perkara ini disiasat secara menyeluruh.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang tertakluk kepada peruntukan yang berkuat kuasa,” jelas JPPM.

Dalam pada itu, JPPM menegaskan bahawa sebarang aktiviti pertubuhan hendaklah mematuhi undang-undang negara.

“Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih,” tegasnya.

Terdahulu, pengguna Threads @kopiobserver berkongsi beberapa gambar dan rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki memakai pakaian hitam dan merah dengan lambang DNKI serta bendera Malaysia.

Pengguna berkenaan turut mempersoalkan kegiatan dan status pertubuhan itu di Malaysia, selain menandakan akaun Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPPM bagi mendapatkan penjelasan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Tiada pertubuhan Nigeria berdaftar atas nama De Norsemen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved