Tular dakwaan wujud pertubuhan komuniti Nigeria di Malaysia, KDN digesa siasat

17 Nov 2026 • 2:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular dakwaan wujud pertubuhan komuniti Nigeria di Malaysia, KDN digesa siasat
Tangkap layar gambar tular memaparkan dakwaan wujud pertubuhan komuniti warga Nigeria di Malaysia.
Image from: Tular dakwaan wujud pertubuhan komuniti Nigeria di Malaysia, KDN digesa siasat
Orang ramai mempersoalkan sama ada pertubuhan itu berdaftar atau mempunyai kebenaran untuk beroperasi di negara ini.

KUALA LUMPUR - Tular dakwaan wujud sebuah pertubuhan haram dikenali sebagai De Norsemen Klub International (DNKI) yang dipercayai dianggotai komuniti Nigeria di Malaysia.

Perkara itu mencetuskan persoalan mengenai status pertubuhan berkenaan selepas beberapa gambar dan video memaparkan perjumpaan sekumpulan individu yang didakwa ahli DNKI tersebar di media sosial.

Dakwaan itu dibangkitkan seorang pengguna platform Threads yang berkongsi beberapa gambar dan rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki berpakaian hitam dan merah dengan lambang DNKI serta bendera Malaysia.

Perkongsian berkenaan turut menimbulkan persoalan sama ada pertubuhan itu berdaftar atau mempunyai kebenaran untuk beroperasi di negara ini.

**media[3713212]**

Tinjauan di akaun media sosial terbabit turut menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memberi penjelasan berhubung dakwaan itu.

Malah, terdapat dakwaan yang mengaitkan DNKI dengan kumpulan dikenali sebagai Vikings dari Nigeria yang pernah mendapat perhatian pihak berkuasa luar negara berhubung kegiatan jenayah terancang.

Nama De Norsemen Kclub International turut disebut dalam laporan keselamatan pihak berkuasa luar negara berkaitan rangkaian kumpulan dari Nigeria.

Sinar Harian difahamkan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan maklumat yang tular berhubung pertubuhan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved