Tiada PRK Parlimen Subang — SPR

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 11:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada PRK Parlimen Subang — SPR
Kenyataan dikeluarkan SPR pada Selasa

PETALING JAYA - Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat berkenaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi berhubung status kekosongan luar jangka itu daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, menerusi surat bertarikh 11 Ogos 2026.

Isu ini timbul susulan keputusan Ahli Parlimen Subang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen, yang meletakkan jawatannya secara sukarela berkuat kuasa pada 10 Ogos 2026.

Surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan lebih awal kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 5 Ogos 2026.

Menurut Ramlan, kekosongan kerusi Dewan Rakyat berkenaan diisytiharkan di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

"Berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

"Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved