SPR Sahkan Tiada PRK Bagi Parlimen Subang Susulan Peletakan Jawatan Wong Chen Sebagai MP

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 9:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

SPR Sahkan Tiada PRK Bagi Parlimen Subang Susulan Peletakan Jawatan Wong Chen Sebagai MP

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Isnin (10 Ogos) lalu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memaklumkan telah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa jam 5 petang.

Dalam satu hantaran di Facebook, Wong daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menjelaskan bahawa surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu.

Susulan itu, Johari juga telah mengesahkan bahawa pihaknya sudah mengemukakan kekosongan kerusi Parlimen Subang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tiada Keperluan Adakan PRK – SPR

Terbaharu, SPR dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Subang tidak akan diadakan ekoran peletakan jawatan oleh Wong sebagai penyandang di kawasan terbabit.

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, ketetapan itu dibuat berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan kepada Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan,” jelasnya.

SPR Sahkan Telah Terima Surat Pemakluman Kekosongan Luar Jangka Parlimen Subang

Dalam kenyataan sama, SPR turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima pemakluman daripada Johari mengenai kekosongan kerusi luar jangka kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan parlimen berkenaan selepas diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

Wong Chen Akan Adakan Sidang Media Hari Ini

Sebelum ini, Wong memaklumkan dia dan Johari telah mencapai persetujuan untuk tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai peletakan jawatan itu sehingga jam 5 petang pada 10 Ogos.

Malah, Wong turut menjelaskan gelaran kehormat Yang Berhormat (YB) akan digugurkan dari semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat bermula bulan depan.

Jelas Wong, dia akan mengadakan sidang media pada hari ini jam 11 pagi di Perdana Industrial Park, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Peletakan Jawatan Adalah Keputusan Saya Sendiri – Wong Chen

Memetik Utusan Malaysia, Wong menjelaskan keputusannya untuk meletak jawatan adalah keputusan sendiri dan tiada perbincangan diadakan bersama Ahli Parlimen lain.

Jelas Wong, setiap wakil rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan termasuklah dirinya yang didakwa disekat daripada mempunyai akses menerusi sistem MyKhas.

“Saya nak tunggu apa lagi? Akses kita disekat, kita tanya mereka tidak jawab, lantik pula penyelaras sehingga kita tidak boleh buat kerja. Jadi habislah kita.

“Sebab itu saya letak jawatan dan keputusan saya letak jawatan ini adalah keputusan sendiri. Saya tidak berbincang dengan yang lain.

“Pada saya, mereka ada hak membuat keputusan untuk diri sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Wong dan empat lagi Ahli Parlimen PKR menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan sekatan akses portal MyKhas yang digunakan untuk mengurus peruntukan pembangunan kawasan.

Empat lagi Ahli Parlimen lain adalah:

  1. Rodziah Ismail (Ahli Parlimen Ampang)
  2. Lee Chean Chung (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
  3. S. Kesavan (Ahli Parlimen Sungai Siput)
  4. Zahir Hassan (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

Baca Artikel Berkaitan: “Cetus PRK Tanpa Keperluan Mendesak Bazir Duit Rakyat”- Tengku Zafrul

Baca Artikel Berkaitan: Rafizi Umum Letak Jawatan Menteri Ekonomi, Akui Sudah Hilang Mandat Selepas Kalah Pemilihan PKR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved