Tiada rakyat Malaysia terjejas susulan kekacauan di Mexico – Wisma Putra

24 Feb 2026 • 5:39 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas susulan kekacauan yang berlaku di beberapa negeri di Mexico baru-baru ini.

Menurut kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City sedang memantau rapat situasi keselamatan yang tidak menentu di negara berkenaan.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke Mexico dinasihatkan sentiasa berwaspada, berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, terutamanya di kawasan yang terlibat dengan operasi keselamatan.

“Tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas berikutan insiden tersebut. Keutamaan kementerian adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan

Dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, Kementerian luar akan terus memantau perkembangan semasa dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City di talian +60168100579 atau e-mel mwmexico@kln.gov.my