Tiada rancangan usul undi tidak percaya terhadap MB – Jalaluddin

LocalPolitics
11 Oct 2026 • 8:03 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada rancangan usul undi tidak percaya terhadap MB – Jalaluddin

PETALING JAYA: UMNO Negeri Sembilan menafikan mempunyai perancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias berkata, dakwaan bahawa beliau akan mengemukakan usul berkenaan juga adalah tidak benar.

Menurutnya, tiada perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

“Dakwaan kita mahu buat undi tidak percaya kepada Menteri Besar adalah tidak benar,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Penafian itu susulan laporan media yang memetik sumber mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tersebut, dengan keputusan bergantung kepada kelulusan kepimpinan pusat parti.

Laporan berkenaan turut mendakwa Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang dijangka mengemukakan usul itu.

Sidang DUN Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November selepas ditangguhkan daripada 16 Oktober bagi menyelaraskannya dengan pembentangan belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya.

Sebelum ini, Speaker DUN, Awaludin Said memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi mengenai usul tidak percaya terhadap Ismail.

Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 2 Ogos susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan Barisan Nasional meraih 18 kerusi, Pakatan Harapan 11 dan Perikatan Nasional tujuh kerusi.-UTUSAN

The post Tiada rancangan usul undi tidak percaya terhadap MB – Jalaluddin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved