“Tiada Ruang Untuk Kebencian Dalam ‘Circle’ Saya Tahun Ini” – Nur Fazura

3 Jan 2024 • 1:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura ada berkongsi azam tahun baru 2024 bersama peminat di Instagram baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu dilihat memuat naik petikan daripada pendakwah Mufti Menk berkenaan amalan menyucikan hati.

Dalam hantaran tersebut, Mufti Menk ada menulis bahawa hati yang kotor menghalang seseorang itu untuk menerima cinta daripada Ilahi dan sentiasalah memohon Allah S.W.T untuk melindunginya daripada kebencian dan dengki.

‘No room for hate in my circle this year’

Fazura juga bertegas untuk tidak lagi memberi ruang kepada kebencian dalam hidupnya pada tahun ini.

Dia sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur kekesalan apabila dikhianati rakan sendiri dan memilih untuk menjauhkan diri bagi tujuan ketenangan dan kebaikan emosi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

"Tak Perlu Dengki Dengan Orang" - Anna Jobling Beri Respon Netizen Dah 'Mual' Tengok Dia Berlakon Jadi Watak Utama Drama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved