Tiada siapa ada imuniti, raja pun jika buat salah boleh dihadap ke mahkamah – Tun Mahathir

LocalPolitics
5 Jun 2025 • 9:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada individu yang memiliki kekebalan mutlak atau imuniti termasuklah raja-raja mengikut sistem perundangan negara.

Menurut laporan Utusan Malaysia, beliau berkata mana-mana golongan yang melakukan kesalahan boleh diheret ke muka pengadilan tanpa mengira status, apatah lagi seseorang ahli politik.

Tiada siapa ada imuniti

image is not available

“Dalam negara kita, tak ada siapa pun dapat imuniti. Termasuk raja-raja. Raja pun kalau buat salah boleh dihadap ke mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Tun Mahathir turut menyifatkan permintaan untuk diberikan kekebalan sebagai satu cubaan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab serta mencabar integriti sistem keadilan negara.

Tiada siapa ada imuniti

image is not available

“Kalau minta imuniti, maknanya mengaku dah buat salah. Ini pengakuan bahawa dia (Anwar) sudah lakukan kesalahan terhadap Yusoff terhadap saya pun ada kes juga.

“Inilah keadilan ala Anwar, apabila menang boleh bercakap, bila kalah tak nak bicara, terus minta perlindungan,” katanya secara sinis.

“Kalau betul tak salah, kenapa takut dibicarakan? Bila tak nak perbicaraan, bermakna sudah mengaku cakap bohong. Hanya mahu berselindung di bawah imuniti,” katanya.

image is not available

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung satu saman sivil yang difailkan terhadap beliau, yang dikatakan berkaitan dakwaan serangan seksual tujuh tahun lalu.

Sumber: Utusan Malaysia (Maisarah Sheikh Rahim)