“Tiada unsur kecurian identiti” – Keluar Muka Orang Lain Dalam Lesen, JPJ Beri Penjelasan

14 Mar 2024 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)` telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan dengan masalah teknikal yang terjadi dalam aplikasi MyJPJ.

Ia berikutan satu kerosakan teknikal yang telah mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia kerana ia melibatkan butiran peribadi.

Ada netizen mengadu bahawa lesen digital miliknya terkandung muka orang lain walaupun maklumat sama ada di dalam aplikasi itu, disebabkan itu individu tersebut mahukan penjelasan.

Terpanggil dengan isu tersebut, JPJ menerusi Facebook rasmi menjelaskan bahawa terdapat gangguan teknikal ketika penyelenggaraan dilakukan.

Bagaimanapun, tidak ada unsur penyalahgunaan sistem atau kecurian identiti berlaku, hanya kesalahan teknikal. Bahkan JPJ juga akan menambah baik sistem mereka dari semasa ke semasa bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.