Tiada usul undi tidak percaya diterima -Johari Abdul

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 11:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada usul undi tidak percaya diterima -Johari Abdul

BANGI: Tiada usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini bagi menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung usul berkenaan.

“Pun tidak dengar langsung. Bukan belum lagi, tidak dengar langsung,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Dialog Negara Bangsa: Membina Jati Diri dan Identiti Nasional, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan usul undi tidak percaya dibawa pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencabar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada Kerajaan Perpaduan agar berbuat demikian secara rasmi dengan mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Johari berkata, beliau juga belum menerima sebarang usul berhubung Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta RUU mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

“Saya dimaklumkan ura-ura itu ada, tapi saya belum terima lagi kertas. Lazimnya, dua minggu sebelum pembentangan (sebarang usul) itu akan dimaklumkan kepada Speaker. Tetapi sekarang ini belum terima apa-apa lagi,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Rang Undang-Undang berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri sudah siap untuk dibawa ke Parlimen dalam sesi akan datang.

Mengikut Takwim Dewan Rakyat yang dipaparkan di laman web Parlimen, Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Kelima Parlimen ke-15 bermula 5 Oktober ini hingga 8 Disember.-UTUSAN

The post Tiada usul undi tidak percaya diterima -Johari Abdul appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved