‘Tiang cahaya’ muncul di langit Kunak

25 Jan 2023 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Fenomena ‘tiang cahaya’ atau Light Pillar yang berlaku malam Isnin lepas di sini menarik perhatian penduduk yang tinggal di beberapa kawasan pesisiran laut kerana dapat menyaksikan kejadian itu dengan jelas.

Fenomena itu kelihatan di angkasa di mana penduduk Kg Pangkalan, Kg.Pangi serta sekitarnya merakamkan suasana tersebut yang berlaku sekitar jam 8 malam. Tiang cahaya’ adalah fenomena optik yang terbentuk oleh pantulan cahaya bulan atau matahari ke atas hablur ais dalam atmosfera.

Ia adalah salah satu fenomena terhasil daripada penglihatan yang menembus atmosfera di mana cahaya menegak dilihat muncul sama ada di atas atau di bawah sumber pancaran cahaya. Fenomena tersebut lazimnya berlaku apabila suhu persekitaran agak sejuk.

Orang ramai yang menyaksikan fenomena itu berkongsi gambar berkenaan di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

“Ia kelihatan sangat cantik.. jarang berlaku fenomena seperti ini,” komen seorang penduduk.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.