"Tiba-Tiba Dia Pergi..." Kongsi Murukku Setiap Deepavali, Lelaki India Menangis Dapat Tahu Jiran Cina Meninggal Dunia

12 Nov 2026 • 3:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Tiba-Tiba Dia Pergi..." Kongsi Murukku Setiap Deepavali, Lelaki India Menangis Dapat Tahu Jiran Cina Meninggal Dunia

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia untuk berkongsi makanan dengan jiran tetangga tanpa mengira kaum atau agama, terutama ketika menyambut perayaan tertentu.

Begitulah juga hubungan keluarga @xiaxiaomii dengan jiran berbangsa India yang tidak pernah lupa memberikan murukku kepada mereka setiap kali Deepavali.

Menerusi perkongsian di Threads, @xiaxiaomii menceritakan jirannya itu baru pulang daripada bercuti di kampung selama kira-kira sebulan.

Bagaimanapun, ketika jiran mereka tiada, ayah @xiaxiaomii telah meninggal dunia dan keluarga mereka belum sempat menyampaikan berita tersebut kepadanya.

Selepas pulang, jiran itu datang ke rumah seperti kebiasaannya untuk memberikan murukku sempena sambutan Deepavali.

Image from: "Tiba-Tiba Dia Pergi..." Kongsi Murukku Setiap Deepavali, Lelaki India Menangis Dapat Tahu Jiran Cina Meninggal Dunia

Namun, ketika melihat adik @xiaxiaomii sedang mencuci kereta, dia sempat bertanya tentang keberadaan ayah mereka.

Adiknya kemudian memberitahu bahawa bapa mereka sudah meninggal dunia, sekali gus membuatkan jiran itu tidak dapat menahan sebak.

Menurut @xiaxiaomii, adiknya menceritakan jiran mereka terus menitiskan air mata sehingga terkedu dan tidak mampu berkata apa-apa.

Malah, kedua-duanya akhirnya menangis bersama-sama di garaj rumah selepas jiran itu mengetahui berita pemergian ayah mereka.

Dalam keadaan sebak, jiran tersebut turut mengenang perbualan terakhirnya dengan arwah yang pernah memberitahu hasrat untuk bersara dan berehat selepas ini.

Baca juga:

"Setiap kali Deepavali, ayah kamu mesti ada. Saya tak pernah lupa bawa murukku untuk dia.

"Tiba-tiba dia pergi macam ini. Kali terakhir ayah kamu jumpa saya, dia baru beritahu yang dia nak bersara dan berehat. Bukankah dia kata nak relaks selepas ini?

"Tapi akhirnya jadi macam ini. Saya pun tak dapat berita tentang pemergiannya," kata jiran tersebut.

Mendengar cerita itu, @xiaxiaomii mengakui dirinya turut menangis apabila mengetahui betapa ramai orang yang menyayangi arwah bapanya.

Lelaki India Menangis Bila Dapat Tahu Jiran Cina Meninggal

Lebih menyentuh hati, jiran mereka juga tidak lagi mempunyai keinginan untuk memasang mercun dan bunga api seperti kebiasaannya ketika Deepavali.

Difahamkan, adik @xiaxiaomii pada awalnya mahu memberikan mercun dan bunga api kepada jiran tersebut, namun dia menolak selepas mengetahui berita pemergian ayah mereka.

Jiran itu memberitahu bahawa dia sudah hilang mood untuk menyambut Deepavali selepas mendapat tahu tentang kematian bapa @xiaxiaomii.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved