Tiba-tiba Saddiq mesej ‘saya cinta awak’- Bella Astillah

EntertainmentPolitics
5 Nov 2026 • 3:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiba-tiba Saddiq mesej ‘saya cinta awak’- Bella Astillah

PETALING JAYA: Pelakon, Bella Astillah, bersyukur apabila suaminya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq masih bersikao romantis walaupun kini sudah mendirikan rumah tangga.

Kongsi Bella, suaminya itu selalu menunjukkan sisi romantis termasuklah mengirim mesej secara tiba-tiba kepadanya.

“Sebenarnya untuk saya, tiada perkara kecil di mata saya (Saddiq lakukan), walaupun kecil dia tetap besar.

“Terlalu banyak tapi saya kongsikan beberapa, contohnya secara rawak menghantar mesej.

“Tiada apa-apa perbualan tiba-tiba dapat ‘I love you’ (saya sayang awak),” katanya semasa bertugas ditemui sebuah radio tempatan pagi tadi.

Tambahnya, sikap Saddiq yang selalu membuka pintu untuknya masih lagi dilakukan sehingga hari ini.

“Alhamdulillah, insya-Allah sampai ke pintu syurga,” katanya lagi.

Terdahulu, Bella dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan bulan lalu.

The post Tiba-tiba Saddiq mesej ‘saya cinta awak’- Bella Astillah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved