Tidak Dapat Tampung Berat, Jambatan Kabel TNB Di Bayan Lepas Runtuh

LocalTechnology
28 Sep 2024 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan sebuah jambatan kabel Tenaga Nasional Berhad atau TNB di Bayan Lepas runtuh.

Memetik laporan Harian Metro, jambatan kabel atau cable bridge TNB di Projek 275kV itu runtuh kerana ia tidak dapat menampung berat kabel.

image is not available

Difahamkan, susulan kejadian tersebut, pihak TNB telah bertindak dengan segera menarik keluar kabel dan membuka semula pepasangan kabel tersebut.

Selain itu, cerucuk atau piling di tengah turut ditambah oleh pihak mereka untuk meningkatkan kekuatan struktur jambatan berkenaan.

Pihak TNB menjelaskan tentang kejadian tersebut menerusi Facebook rasmi mereka pagi tadi.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, kejadian tersebut berlaku di jambatan kabel nombor satu di kawasan syarikat Motorola, iaitu sebahagian daripada projek yang menghala ke syarikat Intel.

image is not available

Syarikat Intel juga difahamkan telah dimaklumkan tentang kejadian ini dan projek ini juga dijangka akan memulakan tugas semula pada akhir November ini.

Siasatan lanjut juga akan dijalankan untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang lagi di projek-projek lain pada masa hadapan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.