Tidak Gelap Gelita Lagi, Projek Pemasangan Lampu Jalan Dari Kpg Tambey – Asajaya Sedang Dijalankan

2 Jan 2023 • 5:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buat masa ini, jalan di sepanjang Jambatan Samarahan telah dipasangkan lampu jalan

Tidak Gelap Gelita Lagi, Projek Pemasangan Lampu Jalan Dari Kpg Tambey – Asajaya Sedang Dijalankan. Dilaporkan jalan yang gelap gelita di sepanjang Jambatan Samarahan sehingga ke persimpangan keluar berhampiran Kampung Tambey kini mempunyai lampu jalan.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pemasangan 600 lampu jalan di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) di sepanjang jalan dari Kpg Tambey ke Sampun, Asajaya.

image is not available
Tidak Gelap Gelita Lagi, Projek Pemasangan Lampu Jalan Dari Kpg Tambey – Asajaya Sedang Dijalankan

Pemasangan lampu jalan akan diteruskan sehingga daerah Asajaya

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, beliau berkata projek pemasangan lampu jalan ini akan diteruskan sehingga ke Daerah Asajaya.

Katanya menerusi sebuah perkongsian di Facebook, beliau berharap dengan penyelesaian projek ini, ia dapat memberi keselesaan dan rasa selamat kepada pengguna jalan raya terutamanya yang berulang-alik dari tempat kerja pada waktu malam.

Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual,”

ujarnya lagi.

Beliau mengumumkan ini selepas mengadakan lawatan kerja dengan Felcra untuk menyelia kawasan yang akan dipasang dengan lampu jalan.

Dua fasa pertama projek ini yang menelan kos RM23 juta akan melibatkan pemasangan hampir 3,800 tiang lampu di sepanjang jalan – bermula dari Stakan sehingga ke Muara Tuang, Asajaya, Simunjan, Sebuyau, Gedong dan Sadong Jaya.

Bagi Fasa Ketiga (atau fasa terakhir), ia dianggarkan akan menelan kos RM7 juta dan akan meliputi pemasangan lebih 3,000 lampu di jalan masuk ke kampung di semua kawasan pilihan raya.

Lagi di sini: