Tidak mahu dedah Khawla bersendirian dalam industri, biar bertemankan saya dan Syamel – Ernie Zakri

EntertainmentFamily & Parenting
3 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tidak mahu dedah Khawla bersendirian dalam industri, biar bertemankan saya dan Syamel – Ernie Zakri

PETALING JAYA: Penyanyi, Ernie Zakri, mendedahkan dia memilih untuk menolak sebarang tawaran projek untuk anak sulungnya, Nur Khawla Soleha, sekiranya dijayakan secara solo tanpa pembabitan dia dan suami, Syamel.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata, dia lebih selesa sekiranya sebarang tawaran penjenamaan (duta) atau projek membabitkan anaknya yang kini berusia empat tahun itu dilakukan bersama dia dan suami.

Katanya, dia tidak mahu terburu-buru mahu mendedahkan Khawla dalam dunia hiburan memandangkan usianya masih mentah.

“Ada projek yang panggil dia seorang untuk jadi duta dan sebagainya. Pada saya tidak mengapalah, kalau dia dapat bersama-sama dengan saya dan Syamel untuk sebuah projek itu lebih bagus.

“Saya bimbang jika biarkan dia seorang diri, nanti timbul pula pandangan negatif. Mengenai anak ini saya rasa agak risau sebab itu perkara yang agak sensitif,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Ernie, dia bersama Syamel sangat menitikberatkan emosi anaknya itu dan tidak mahu Khawla terdedah dengan kecaman terlalu awal.

“Semuanya bergantung kepada kepercayaan ibu bapa masing-masing bagaimana mahu menjaga anak, lagi-lagi kesihatan mental dia. Kita tidak boleh nafikan kawalan ini perlu bila dia sudah mula terdedah dalam industri.

“Kita pun tidak tahu kadang-kadang dia sudah mula terima kecaman dan sebagainya daripada umur empat tahun. Jadi saya cuba jaga dia sebaik mungkin, InsyaAllah,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sejambak Bunga ini mendedahkan Khawla menunjukkan minat dalam bidang muzik.

“Ada yang cakap umur empat tahun sudah boleh masuk kelas piano tapi saya lebih kepada biarkan sahaja. Kadang-kadang dia rawak dan pelik sikit, tiba-tiba cakap nak main darbuka dan bes.

“Maksudnya dia memang sukalah berada di atas pentas, jadi doa-doakanlah. Saya pun tidak mahu terlalu menekan kerana takut industri ini terlalu awal untuk budak kecil seperti dia,” katanya.

Untuk rekod, Ernie Zakri dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dan kini bahagia bersama cahaya mata sulung mereka yang bernama Nur Khawla Soleha.

The post Tidak mahu dedah Khawla bersendirian dalam industri, biar bertemankan saya dan Syamel – Ernie Zakri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved