“Tidak menghormati ayat suci Al-Quran” – Kareena Kapoor Dikritik Pakai Loket Tertera Ayat Kursi Ketika Sambut Deepavali

EntertainmentLifestyle
12 Nov 2026 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

kareena kapoor loket kursi ft

Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor berdepan kritikan susulan tindakannya memakai loket bersejarah milik keluarga diraja Bhopal yang terukir ayat suci Al-Quran iaitu ayat Kursi ketika menyambut perayaan Deepavali.

Susulan kontroversi yang tercetus, isteri kepada Saif Ali Khan itu berdepan tindakan notis undang-undang daripada aktivis sosial, Abbas Hafeez serta beberapa anggota masyarakat Islam di sana yang membantah cara pemakaian aktres tersebut.

Menurut laporan, Kareena mengenakan loket berwarna hijau zamrud itu dengan kaftan ‘beige’ rekaan pereka fesyen, Punit Balana yang dipadankan dengan serban yang dihiasi aksesori kalgi berkilauan.

Difahamkan, perhiasan itu mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana pernah dipakai oleh suaminya pada hari perkahwinan mereka.

Loket berkenaan pada asalnya milik Begum Bhopal sebelum diwariskan kepada Kareena selepas perkahwinannya dengan Saif.

 

View this post on Instagram

 

Tuntut Kareena mohon maaf

Menerusi notis undang-undang tersebut, Hafeez menegaskan bantahannya bukanlah berkaitan pakaian atau kebebasan Kareena dalam berbusana.

Sebaliknya, dia berpendapat cara loket yang tertera Ayat Kursi itu dipamerkan, termasuk pakaian dan konteks hantaran media sosial berkenaan, sepatutnya mencerminkan penghormatan terhadap ayat suci Al-Quran.

Notis itu turut menyentuh pandangan sebahagian ilmuwan Islam terhadap amalan memakai ayat Al-Quran sebagai barang kemas.

Mereka berpendapat kesucian ayat Al-Quran perlu dipelihara dan pemakaiannya perlu dielakkan daripada keadaan yang boleh menyebabkan tulisan suci itu diperlakukan secara tidak hormat.

Malah, tindakan Kareena memakai loket itu juga telah menimbulkan rasa tersinggung dalam kalangan masyarakat Islam, termasuk mereka yang mempunyai hubungan sejarah serta keturunan dengan keluarga diraja Bhopal.

Susulan itu, Hafeez menuntut Kareena memadam semua gambar, video serta hantaran berkaitan di akaun media sosialnya.

Dia turut meminta aktres itu membuat permohonan maaf secara terbuka serta memberikan jaminan bahawa ukiran ayat suci Al-Quran itu tidak akan lagi dipersembahkan dengan cara yang boleh menjejaskan kesuciannya.

Terdahulu, kontroversi mula tercetus selepas pereka fesyen, Rhea Kapoor yang bertanggungjawab menggayakan Kareena berkongsi perincian mengenai penampilan aktres berkenaan menerusi Instagram.

“Kareena mengenakan kaftan dan serban berwarna perak tulen rekaan Punit Balana, bersama aksesori kalgi berusia 200 tahun milik Nawab Bhopal serta loket zamrud 30 karat milik Begum Bhopal yang diukir dengan Ayat Kursi.”

Menurutnya, barang kemas itu merupakan warisan keluarga diraja Bhopal yang diwarisi oleh keluarga Saif. Neneknya, Sajida Sultan merupakan anak perempuan kepada Nawab Bhopal terakhir yang memerintah.

Sumber: Indian Express

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved