Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Restoran Di Jalan Ban Hock Kuching Diarah Tutup

4 Feb 2023 • 9:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Restoran ini diarah tutup selama 14 hari

Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Restoran Di Jalan Ban Hock Kuching Diarah Tutup. Selain keenakan makanan yang disajikan oleh sebuah restoran, kebersihan juga merupakan salah satu faktor yang dititikberatkan oleh para pelanggan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, individu ini memuat naik satu gambar yang memaparkan sebuah notis perintah tutup premis makanan di Kuching.

image is not available
Tidak Patuh Spesifikasi Kebersihan, Restoran Di Jalan Ban Hock Kuching Diarah Tutup. Gambar sekadar hiasan

Notis dikeluarkan atas sebab premis tidak bersih sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, restoran tersebut ditutup selama 14 hari mulai 1 Februari hingga 14 Februari. Menurut Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan PKB Kuching, penutupan tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Difahamkan bahawa notis kompaun dikeluarkan terhadap restoran yang terletak di Jalan Ban Hock Kuching ini atas alasan tidak mematuhi spesifikasi kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan.

image is not available

“Saya selalu menganggap bahawa mereka cukup bersih” – netizen

Menerusi komen, restoran ini merupakan restoran yang popular di kalangan tempatan. Ada juga yang memuji tindakan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dalam tangkas melakukan kerjanya dalam pemerhatian dari aspek kebersihan makanan.

image is not available

Lagi artikel semasa, anda boleh lihat pautan di bawah: