Tidak pernah gelar orang ‘pelakon kayu’ – Farah Ahmad

Entertainment
2 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tidak pernah gelar orang ‘pelakon kayu’ – Farah Ahmad

KUALA LUMPUR: Pelakon, Farah Ahmad, memiliki pendirian untuk tidak sewenangnya melabel seseorang sebagai ‘pelakon kayu’ kerana percaya setiap orang mempunyai proses perjalanan masing-masing.

Kata Farah atau Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, 49, setiap pelakon memerlukan fasa untuk belajar juga cara berfikir berbeza.

“Saya tak pernah panggil pelakon kayu sebab tak seronok. Proses perjalanan orang lain-lain. Pemahaman juga lain-lain dan persekitaran juga berbeza. Baru atau lama, pada saya semua orang tahu pelakon lama pun ada kekurangan dan kelemahan.

“Semua itu membabitkan proses. Tak semua orang cepat faham. Tapi kalau sekiranya tak dapat faham-faham juga, saya tak tahulah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Farah menegaskan tidak wajar jika jurang antara pelakon lama dan baharu kerap diperkatakan sedangkan pengalaman bukanlah satu-satunya penentu sama ada kualiti lakonan ditampilkan baik atau sebaliknya.

“Baru atau lama sama saja perangainya ada juga yang kayunya. Tak payah pening kepala cari jalan penyelesaiannya.

“Janji shooting scene dengan cepat habis. Masa itu wang, jadi jangan lupa berlatih sebelum masuk set.

“Saya terus ‘guide’ saja sebab tak nak buang masa. Memang kita dengar di belakang macam-macam isu mengenai artis baharu. Tapi pandangan saya, bila kerja, saya tak nak pandang atau tahu pasal hal peribadi orang.

“Jom kita buat kerja. Lantaklah awak apa pun di sini, sebab awak satu ‘frame’ dengan saya, jadi bila satu ‘frame’, kita kena buat ‘together’. Ini kerja berkumpulan,” katanya.

Bukan itu sahaja, kongsi Farah, dia tidak menafikan ada pelakon baharu yang sudah melakukan latihan namun terlupa skrip semasa penggambaran kerana terlalu gementar.

“Tapi ada juga pelakon baru yang malam sebelumnya memang dah baca skrip, cuma kadang-kadang mereka gemuruh.

“Jadi, di situ saya rasa pendekatan masing-masinglah,” katanya. -UTUSAN

The post Tidak pernah gelar orang ‘pelakon kayu’ – Farah Ahmad appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved