Tidak rasmi: BN-PN menang 24, PH pertahan empat kerusi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 9:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tidak rasmi: BN-PN menang 24, PH pertahan empat kerusi

MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menutup tirai dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan kemenangan di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) pula mempertahankan empat kerusi bandar ditandingi DAP iaitu Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kesidang dan Kota Laksamana.

PH kehilangan Bukit Katil yang menyaksikan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari tewas kepada calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd. Sarif.

Berikut merupakan 24 kerusi dimenangi BN dan PN:

1. Kuala Linggi

2. Tanjung Bidara

3. Ayer Limau

4. Lendu

5. Taboh Naning

6. Rembia

7. Gadek

8. Machap Jaya

9. Durian Tunggal

10. Asahan

11. Sungai Udang

12. Pantai Kundor

13. Paya Rumput (PN)

14. Kelebang

15. Pengkalan Batu

16. Bukit Katil (PN)

17. Ayer Molek

18. Duyong

19. Telok Mas

20. Bemban (PN)

21. Rim

22. Serkam

23. Merlimau

24. Sungai Rambai

– UTUSAN

The post Tidak rasmi: BN-PN menang 24, PH pertahan empat kerusi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved