[TIDAK RASMI] MIC masih gagal tawan kerusi DUN Negeri Sembilan

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 11:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [TIDAK RASMI] MIC masih gagal tawan kerusi DUN Negeri Sembilan
Kali terakhir parti pimpinan Vigneswaran itu menang di negeri berkenaan pada 2018 di Jeram Padang. Foto hiasan

SHAH ALAM - Usaha MIC untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 kali ini belum tercapai apabila parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) itu gagal menewaskan lawan masing-masing.

PRN Negeri Sembilan kali ini, BN yang diwakili MIC bertanding di dua kerusi iaitu Mambau dan Sri Tanjung, namun kalah kepada Pakatan Harapan (PH).

MIC mempertaruhkan dua calonnya iaitu A Achutan yang bertanding di kerusi DUN Sri Tanjung dalam Parlimen Port Dickson dan Datuk Thinalan T Rajagopalu di DUN Seremban Jaya dalam Parlimen Rasah.

Kali terakhir parti pimpinan Tan Sri SA Vigneswaran itu menang di negeri berkenaan pada 2018 di Jeram Padang dan selepas itu UMNO memenangi kerusi berkenaan pada 2023 dan sekali lagi mempertahankannya pada pilihan raya kali ini.

Gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

Kedua-dua gabungan itu berjaya membentuk kerajaan apabila memenangi di 25 daripada 36 kerusi DUN bagi PRN kali ini.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved