Loke pertimbang letak jawatan pengerusi DAP Negeri Sembilan

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 8:36 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Loke pertimbang letak jawatan pengerusi DAP Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

"Kami telah mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi ini. Ia sememangnya tidak pernah mudah sejak dari awal lagi," katanya.

Loke, yang sebelum ini memegang kerusi DUN Chennah sejak 2013 berkata, beliau juga akan menilai semula peranannya dalam parti, lapor The Star.

"Ya, saya sedang mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan saya dalam DAP Negeri Sembilan… iaitu jawatan sebagai pengerusi negeri," katanya sambil menambah bahawa beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin parti yang lain sebelum membuat keputusan.

"Sebelum saya membuat keputusan, berhubung peranan saya sebagai Setiausaha Agung DAP, sudah tentu saya akan berbincang lanjut dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengenai hala tuju parti selepas ini," tambah beliau.

Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan itu mengakui kekalahannya di kerusi Chennah kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, Siow Kong Choon (John).

Menurut keputusan tidak rasmi, Siow memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 533 undi, apabila memperoleh 5,593 undi, manakala Loke mendapat 5,060 undi.

Mengulas mengenai kekalahan berkenaan, Loke bagaimanapun berkata, beliau menerimanya dengan hati terbuka dan meminta penyokong tidak berputus asa dengan keputusan tersebut. - 2 Ogos, 2026

The post Loke pertimbang letak jawatan pengerusi DAP Negeri Sembilan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved