Tok Mat Kekal Kebal Di Rantau, Pertahan Kerusi Buat Penggal Kelima Berturut-turut

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 8:33 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Tok Mat Kekal Kebal Di Rantau, Pertahan Kerusi Buat Penggal Kelima Berturut-turut

SHAH ALAM, 2 Ogos — Datuk Seri Mohamad Hasan sekali lagi membuktikan pengaruhnya di Negeri Sembilan apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau buat penggal kelima berturut-turut sejak 2004 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) memperoleh 19,050 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Azizul Hakim Mahdi yang meraih 7,032 undi, sekali gus mencatatkan majoriti 12,018 undi.

Majoriti Lebih 12,000 Undi

Kemenangan itu mengukuhkan lagi status Rantau sebagai antara kubu paling kuat BN di Negeri Sembilan.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, turut mencipta rekod apabila terus mempertahankan kerusi DUN Rantau dalam lima pilihan raya negeri berturut-turut sejak 2004.

Sepanjang lebih dua dekad mewakili Rantau, beliau kekal sebagai antara pemimpin paling berpengaruh di negeri itu, termasuk pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 2004 hingga 2018.

Prestasi cemerlang itu turut memperkukuhkan kedudukan BN pada PRN kali ini apabila Rantau sekali lagi menyumbang kemenangan dengan majoriti melebihi 10,000 undi. – The Malaysian Update

The post Tok Mat Kekal Kebal Di Rantau, Pertahan Kerusi Buat Penggal Kelima Berturut-turut appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved