SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) sedang mendahului di sembilan daripada 17 kerusi yang ditandingi DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Berdasarkan laman web yang dikendalikan DAP setakat 6.15 petang, sembilan kerusi berkenaan ialah Dewan Undangan Negeri DUN) Jementah, Bekok, Tangkak, Bentayan, Yong Peng, Mengkibol, Paloh, Johor Jaya, Perling, Bukit Permai dan Pekan Nenas.
Pada 1 Jun lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan DUN Johor dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.
Pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Peratusan keluar mengundi bagi setakat jam 4 petang Sabtu, merekodkan 63.13 peratus.
Berdasarkan infografik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,693,625 daripada 2,682,642 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 72.6 peratus, diikuti Sri Medan (71.6 peratus) dan Sedili (70.5 peratus).
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa proses kiraan pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 hanya akan bermula pada jam 5.00 petang.




![[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/07/11/3579557.webp)