[TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN-PN isytihar berjaya bentuk kerajaan negeri

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 8:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN-PN isytihar berjaya bentuk kerajaan negeri
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 23 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.

AYER KEROH – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 23 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, secara tidak rasmi mereka memperoleh kemenangan di 15 kerusi.

Beliau berkata, 15 kerusi berkenaan ialah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau, Machap Jaya, Serkam, Rembia, Kuala Linggi dan Gadek.

Pengumuman itu disambut sorakan gemuruh penyokong BN dan PN yang memenuhi Pusat Gerakan BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan diselangi laungan takbir.

Kiraan tersebut menjadikan jumlah kerusi yang didakwa dimenangi BN dan Perikatan Nasional (PN) mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tertakluk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved