[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Pertembungan dua wanita di Pilah berpihak kepada BN

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 10:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Pertembungan dua wanita di Pilah berpihak kepada BN
S Leza (gambar kanan) berjaya menewaskan Noorzunita Begum dengan majoriti 728 undi.

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah yang menyaksikan pertembungan dua calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Calon BN, S Leza Md Yassin berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dengan majoriti 728 undi.

Sebelum ini, pada PRN 2023, kedua-dua calon itu bertembung di kawasan sama dengan kemenangan diperoleh PH.

Seramai 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan menunaikan tanggungjawab demokratik bagi memilih wakil rakyat baharu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, pada hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 7,391 merupakan pengundi pos.

Proses pengundian bermula serentak pada pukul 8 pagi membabitkan 401 pusat mengundi dan 1,668 saluran di seluruh negeri.

Kesemua pusat pengundian dijadualkan ditutup pada pukul 6 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved