Tidak salah ada hiburan dalam majlis konvokesyen asalkan dilaksanakan dengan beretika – Zehra Zambri

LocalEntertainment
28 Nov 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tidak salah ada hiburan dalam majlis konvokesyen asalkan dilaksanakan dengan beretika – Zehra Zambri

PETALING JAYA: Penyanyi, Zehra Zamri berpendapat hiburan tidak salah diadakan pada majlis konvokesyen universiti tetapi pelaksanaannya perlu mengikut kesesuaian dan tidak keterlaluan.

Zehra, 39, berkata, persembahan hiburan boleh dijadikan acara selingan untuk memeriahkan majlis, asalkan tidak mengabaikan etika dan adab yang perlu dijaga sepanjang majlis berlangsung.

“Sekarang ini sudah jadi isu tentang hiburan ala konsert pada majlıs konvokesyen universiti. Pandangan saya ia harus dilihat secara menyeluruh.

“Hiburan itu tidak salah cuma ia perlu dilaksanakan dengan beretika dan tidak mengabaikan aspek kesesuaian dan adab. Perlu ada hiburan selingan tapi haruslah tidak keterlaluan,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Mengulas lanjut, Zehra berpendapat, lagu yang dipilih untuk persembahan pada majlis berkenaan sebaiknya mempunyai unsur seni budaya tempatan atau nilai patriotik.

Katanya, pemilihan lagu sedemikian lebih sesuai dengan suasana majlis konvokesyen yang turut menjadi acara meraikan kejayaan para graduan.

“Lebih molek jika lagu yang dipersembahkan melambangkan seni budaya atau mempunyai nilai patriotik,” katanya.

Dalam hantaran Threads berkenaan, Zehra turut berkongsi gambarnya apabila pernah diundang membuat persembahan pada majlis konvokesyennya sendiri pada 2013 dahulu. – UTUSAN

The post Tidak salah ada hiburan dalam majlis konvokesyen asalkan dilaksanakan dengan beretika – Zehra Zambri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved