
Kota Kinabalu: Majoriti rakyat Sabah berpandangan negatif terhadap cadangan perpindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kimanis, selepas dilaporkan bahawa kajian berhubung perkara itu sedang dijalankan oleh Qhazanah Sabah Berhad dan bakal pemaju.
Mereka berpendapat Sabah mempunyai keutamaan lebih besar yang perlu ditangani dan tidak dapat memahami bagaimana salah satu negeri termiskin di negara ini boleh memulakan usaha tersebut, walaupun ia tidak melibatkan pembiayaan kerajaan.

