
Lambakan muzik janaan kecerdasan buatan (AI )di platform penstriman mendatangkan impak kepada artis manusia yang tidak mampu bersaing dengan mesin yang boleh menjana ratusan lagi setiap hari. Platform penstriman utama digesa melabel muzik AI supaya pengguna mempunyai pilihan menyokong hanya artis manusia. Tidak pagi ini mengumumkan muzik janaan AI sepenuhnya di platform kini akan diberikan label.

Pada waktu yang sama muzik tanpa sebarang penglibatan manusia tidak akan menerima sebarang royalti daripada penstriman di Tidal. Selain itu sebarang muzik yang meniru gaya artis akan dibuang. Pengguna pula diberikan pilihan untuk menapis muzik janaan AI sepenuhnya daripada dipaparkan dalam aplikasi.
Spotify memperkenalkan label Verified by Spotify bulan lalu bagi membezakan artis manusia dengan AI. Tetapi artis AI masih boleh menjana pendapatan menerusi royalti. Deezer pula mempunyai sistem pengesan muzik AI automatik yang menghalang ia daripada menjana pendapatan sehingga menjejaskan artis manusia sejak April.



