
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, Tourism Malaysia telah memuat naik video promosi acara kebudayaan ikonik negara, Citrawarna 2026 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka selama tiga hari pada 24 hingga 26 Julai.
Antara elemen dalam video yang mencuri perhatian ramai adalah penampilan seni kebudayaan Malaysia dari pelbagai kaum dan etnik, makanan-makanan tradisi serta kegemaran penduduk tempatan, hasil seni batik, bangunan warisan di Kuala Lumpur dan banyak lagi.
View this post on Instagram
Untuk info, sambutan Citrawarna 2026 adalah bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dan bertemakan ‘Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa’.
Pengunjung boleh menantikan acara Citra Perarakan, Citra Rasa, Citra Budaya dan Citra Seni, yang menawarkan pengalaman menyeluruh melalui persembahan kebudayaan, hidangan tradisi, pameran seni serta pelbagai aktiviti budaya interaktif.
Artis Tempatan Boleh Hasilkan Video Lebih Unik Untuk Tampilkan Budaya Malaysia – Netizen
Bagaimanapun, video promosi itu tersebut telah mendapat kritikan ramai apabila hampir keseluruhan video didakwa menggunakan janaan teknologi AI (Kercedasan Buatan).
Menjengah ke ruangan komen hantaran, rata-rata mengkritik Tourism Malaysia kerana mengambil pendekatan menggunakan video janaan AI berbanding mendapatkan khidmat artis tempatan yang jauh lebih berbakat untuk menghasilkan bahan video promosi yang unik.
“Kekurangan pemahaman dalam mempromosikan budaya Malaysia menggunakan AI ni memang mengejutkan. Jangan cakap footage arkib bertahun-tahun yang paparkan macam-macam pemandangan negara ni tak cukup untuk cipta gambaran yang indah tentang Malaysia?
“Guna AI untuk tunjuk budaya dan sejarah tapi bakat manusia (artis tempatan) tak dihargai. Kita ada banyak bakat yang tak terkira di Malaysia untuk cipta sesuatu yang unik tetapi mereka tidak dimanfaatkan,” kata seorang lelaki.
Budaya & Warisan Sepatutnya Ditonjolkan Oleh Manusia Sendiri
Sementara itu, ada yang berkata bahawa budaya adalah sesuatu perkara yang perlu ditonjolkan oleh manusia sendiri dan bukannya menggunakan bantuan teknologi.
“Sungguh ironi apabila anda menggunakan AI untuk menghasilkan sesuatu yang berkaitan dengan budaya dan kemanusiaan. Budaya sepatutnya ditonjolkan melalui sejarah, seni, makanan dan pelbagai hasil karya manusia. Tolonglah, jangan gunakan AI untuk setiap perkara,” ujar seorang wanita.
Netizen Harap MOTAC Hormati Budaya Malaysia
Di laman Threads pula, seorang pengguna dikenali sebagai Danish turut mempersoalkan video berkenaan. Jelasnya, negara jiran seperti Singapura dan sesetengah syarikat swasta menggunakan perkhidmatan artis tempatan dan kreativiti manusia bagi mempromosi sektor pelancongan.
Malah dia juga berharap agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyokong karya artis Malaysia dan menghormati budaya warisan negara dalam mempromosikan Malaysia.
View on Threads
Makanan Tak Nampak Real, Netizen Dedah Teh Tarik Tak Ada Buih
Menerusi ruangan balas, seorang warganet berkata makanan yang dipaparkan di dalam video kelihatan tidak realistik.
“Mana buih dalam teh tarik tu bro? Lagi satu tekstur lokcing tu nampak pelik. Ketupat tu pulak bagi saya trypophobia. AI ni sangat tak bagus dengan (untuk menjana) makanan. Hentikan,” tegas seorang individu.

Ada Yang Bandingkan Dengan Video Promosi Malaysia Hasil Sofyank & Muhammad Shaffuan
Sementara itu, ramai juga membandingkan video itu dengan video promosi pelancongan oleh Grab sebelum ini yang dihasilkan oleh pereka VFX dan kandungan digital terkenal, Mohamad Sofian Abdullah atau Sofyank bersama pengarah kreatif, Muhammad Shaffuan.
Baca Artikel Berkaitan: Peminat Teruja! Sofyank Umum Kolaborasi Video Kesan Khas Seterusnya Bersama Chris Hemsworth & Sam Hargrave
Dalam video berkenaan, Sofyank dan Shaffuan telah menjelajah beberapa negeri di Malaysia termasuk Pulau Pinang dan Sarawak bagi mempromosikan tempat tarikan, lokasi port makan, budaya dan banyak lagi.
“Korang (kerajaan) dah tengok belum video Grab yang diarah oleh Shaffuan? Tu lagi banyak potensi daripada video ni,” kata seorang individu.
Kami akan cuba menghubungi pihak Tourism Malaysia bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara ini.
View on Threads
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: Maskot Visit Malaysia 2026 Didakwa Dibuat Guna AI, Ini Penjelasan Dari Anak Pelukis


![AI Team Dikecam Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW, Muhamad Syahmie Tampil Mohon Maaf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Muhamad-Syahmie-AI-team-kena-kecam-selepas-didakwa-hina-Nabi-Muhammad-SAW-800x467.jpg?t=1780632507)

