Pernah nampak anak tidur dengan mulut ternganga? Ramai ingat itu perkara biasa. Tapi kalau ia berlaku setiap malam, ia boleh beri kesan pada perkembangan muka.
Ramai mak ayah ingat anak tidur melopong tu tanda dia penat atau tidur nyenyak. Padahal, itu adalah 'silent killer' untuk rupa paras dan kesihatan anak anda.
Fakta Pahit: Lidah itu 'arkitek' muka. Kalau bernafas ikut hidung, lidah tolak langit-langit, rahang jadi lebar, muka nampak herok.
Tapi kalau mulut ternganga, lidah jatuh ke bawah. Hasilnya? Muka jadi panjang (Long Face Syndrome), dagu kecut, dan gigi mula berlumba-lumba nak keluar jadi jongang.
Bukan salah genetik sangat pun kalau muka anak berubah, tapi salah hidung tersumbat yang dibiarkan bertahun-tahun.
.
Keadaan ini kadang-kadang dipanggil “long face syndrome” atau adenoid facies.
Punca biasa
Selalunya berkait dengan:
• Adenoid atau tonsil besar
• Alahan hidung
• Resdung kronik
• Hidung selalu tersumbat
Bila hidung tersumbat lama, anak akan pilih jalan mudah: bernafas melalui mulut.
Kesan lain selain bentuk muka
Bukan sekadar kosmetik. Mouth breathing kronik boleh dikaitkan dengan:
• Tidur tak berkualiti
• Berdengkur
• Mudah penat siang hari
• Sukar fokus di sekolah
• Risiko masalah pertumbuhan rahang
Apa yang ibu bapa boleh perhatikan?
• Anak tidur mulut terbuka hampir setiap malam
• Selalu berdengkur
• Mulut kering waktu pagi
• Bibir sering pecah
• Gigi atas makin ke depan
Kalau ada tanda-tanda ini, elok dapatkan pemeriksaan doktor atau pakar ENT. Kadang-kadang rawatan alahan sahaja sudah mencukupi. Ada kes yang perlukan rawatan adenoid atau intervensi ortodontik awal.
Struktur muka anak sedang dibentuk setiap hari. Perkara yang nampak kecil waktu tidur, sebenarnya sedang “mencorak” wajah mereka untuk jangka panjang.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






