
Kota Kinabalu: Pasukan kebangsaan yang diwakili atlet Sabah merangkul tiga emas, satu perak dan satu gangsa pada Kejohanan Remaja Dunia IFMA (Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muaythai) dan Piala Dunia B-23 di Antalya, Turki, yang berakhir Ahad lalu.
Juara remaja dunia yang baru dinobatkan ialah Dariss Muzzamiel, Asyraf Danial dan Yan Jia Chi.
Dariss menewaskan lawannya dari Hong Kong, Ka Chun Mok pada perlawanan akhir untuk merangkul gelaran wai kru individu lelaki, manakala Yan merangkul gelaran wai kru wanita dengan menewaskan Rhichein Yosorez dari Filipina.
Dariss turut menghadiahkan satu lagi emas bersama Asyraf dalam kategori maimuay duo lelaki selepas menewaskan Ka Chun Mok dan Cheuk Fung Tymon Law dari Hong Kong.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Perak diperoleh Myra Arina dan Derora Dane dalam kategori maimuay duo wanita selepas pasangan itu tewas kepada lawan mereka dari Filipina, Rhichein Yosorez dan Alyssa Kylie Mallari, pada perlawanan akhir. Eva Anastasia yang merupakan wakil tunggal dalam kejohanan remaja memenangi gangsa dalam kategori 48kg bagi kumpulan umur 16-17 tahun.
Seorang lagi atlet Nur Insyirah tidak bernasib baik apabila terlepas podium selepas tewas pada aksi suku akhir kepada juara dunia dua kali dari Thailand, Arissara Noon-Eiad dalam kategori 45kg.
Presiden Persatuan Muaythai Sabah, Nazri Ab Razak yang hanya meletakkan sasaran dua penamat podium untuk pasukan itu sebelum pertandingan gembira dengan keputusan akhir.
“Sangat bagus untuk melepasi sasaran awal kami untuk memenangi tiga pingat emas di pentas dunia, yang diraih oleh atlet Sukma kami.
“Kami berbangga dengan pencapaian itu tetapi kami tidak akan berhenti di sini. Kami akan terus berlatih bersungguh-sungguh dan terdapat lebih banyak kejuaraan dunia selepas ini,” katanya.
Ketua jurulatih Dhillon Tahing yang mengetuai pasukan itu turut berbangga dengan para atlet.
“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian atlet-atlet, ia menunjukkan standard kita setanding dengan atlet antarabangsa yang lain.
“Bagaimanapun, kami tidak akan terganggu dengan kejayaan itu dan sasaran utama kami tetap Sukma Sarwak 2024 yang mana saya percaya kita akan memberi saingan sengit kepada negeri lain,” katanya. Beliau juga memuji jurulatih Mardiana Maulana atas inputnya untuk membimbing Dariss Muzzamiel, Asyraf Danial dan Yan Jia Chi memenangi gelaran dunia berturut-turut tahun ini.
Pada Kejohanan Senior Dunia IFMA di Bangkok yang diadakan pada Mei, Dariss dan Asyraf merangkul gelaran mainmuay duo lelaki, manakala Yan mengungguli kategori wai kru wanita.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

