“Macam filem Tiga Abdul” – Perkahwinan ‘Rare’! Pengantin 3 Beradik Kongsi Satu Mentua

Entertainment
3 Jun 2025 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jarang berlaku, tiga beradik perempuan berkahwin serentak dalam satu majlis. Namun, apa yang lebik unik dengan majlis perkahwinan ini apabila pasangan pengantin juga adalah adik-beradik.

Perkongsian salah seorang pengantin, @cvtie_lulu mengenai majlis perkahwinannya di TikTok telah meraih perhatian pengguna di media sosial.

Difahamkan, tiga beradik berasal dari Sabah ini selamat diijab kabul dengan pasangan masing-masing dalam satu majlis sama yang diadakan pada 25 Mei lalu.

Menurut pengantin yang menceritakan kisah perkahwinan mereka, pernikahan unik ini berlaku secara tidak dirancang.

Jelas pengantin apabila ada yang bertanya bagaimana mereka bertemu jodoh, katanya mereka sememangnya suka antara satu sama lain.

Satu lagi perkara menarik mengenai perkahwinan mereka ini adalah dari segi susunan jodoh masing-masing.

Menurut Cvtie yang berusia 21 tahun, dia selaku anak sulung berkahwin dengan suami berumur 22 tahun yang merupakan anak bongsu dalam keluarga.

Manakala anak kedua dan ketiga pula berkahwin dengan pasangan lelaki yang sepadan dengan urutan adik beradik masing-masing.

“Macam filem Tiga Abdul!”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perkongsian mengenai perkahwinan itu suatu perkara yang unik dan turut mendoakan kebahagian ketiga-tiga pengantin terbabit.

Pengantin juga sempat berseloroh mahu mengandung waktu yang sama dan merasakan suasana kehidupan keluarga mereka akan jadi lebih meriah.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Wah, unik sungguh! Semoga pengantin bahagia hingga ke syurga!

Sumber: TikTok, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.