Tiga beradik tampil berbaju patriotik, curi tumpuan ketika mengundi

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 12:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga beradik tampil berbaju patriotik, curi tumpuan ketika mengundi

SEREMBAN – Penampilan tiga beradik dari Rantau yang mengenakan baju kurung berwarna kebangsaan ketika hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, hari ini mencuri perhatian orang ramai.

Mereka, Nadzifah Basiran, 36, Bahirah, 39, dan Zamzarina, 45, berkata idea untuk tampil dengan pakaian berkonsepkan patriotik itu dilakukan sebagai kelainan sempena hari pengundian selain menzahirkan rasa cinta terhadap negara.

Menurut mereka, persiapan mengenakan pakaian tersebut dibuat sejak dua hari lalu selepas berbincang sesama sendiri mengenai penampilan yang sesuai untuk hari bersejarah berkenaan.

“Kami mahu tampil berbeza pada hari ini. Pemilihan baju kurung berwarna kebangsaan ini adalah tanda semangat patriotik dan kecintaan kami kepada negara.

“Selain menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, kami juga mahu menunjukkan bahawa proses demokrasi ini merupakan satu perkara yang penting untuk dihargai,” kata mereka ketika ditemui.

Tiga beradik itu berkata, mereka berasa teruja dapat hadir bersama-sama ke pusat mengundi kerana ia menjadi satu pengalaman yang bermakna buat keluarga mereka.

“Peluang mengundi bukan sahaja berkaitan memilih wakil rakyat, malah merupakan tanggungjawab setiap warganegara dalam menentukan hala tuju pentadbiran negara dan negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga beradik tampil berbaju patriotik, curi tumpuan ketika mengundi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved