“Tak Banyak Saya Ingin Katakan..” – Bella Astillah Hadir Beri Sokongan Buat Syed Saddiq

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 10:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah hadir di Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi ini bagi memberikan sokongan kepada tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bella yang tampil mengenakan baju kurung berona putih kelabu dilihat tiba sekitar pukul 7.25 pagi.

Advertisement
View this post on Instagram

Ketika didekati pihak media, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, hanya memberikan respons ringkas sambil berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat Syed Saddiq.

“Doakan.”

Tidak lama kemudian, ibu bapa Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Al-Sagoff turut tiba di lokasi sekitar pukul 7.30 pagi.

Keputusan Akhir Rayuan Pendakwaan

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dijadualkan menyampaikan keputusan akhir berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq pada pagi ini.

Keputusan kes itu sebelum ini ditangguhkan pada 30 Jun lalu selepas seorang daripada tiga hakim panel terbabit mengambil cuti sakit.

@hmetromy

“Doakan,” kata ringkas pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ketika tiba di Istana Kehakiman di sini, hari ini, bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar yang juga tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

? original sound – Harian Metro – Harian Metro

Keputusan mahkamah akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais serta Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Ketiga-tiga panel tersebut dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq pada pukul 9 pagi.

Rayuan berkenaan telah didengar selama dua hari sebelum kedua-dua pihak selesai mengemukakan hujah di hadapan panel terbabit pada 12 Disember 2025.

Sepanjang prosiding rayuan, pasukan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan.

Syed Saddiq pula diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Empat Pertuduhan Membabitkan Dana ARMADA

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali yang ketika itu merupakan Penolong Bendahari ARMADA untuk melakukan pecah amanah terhadap dana ARMADA berjumlah RM1 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, KL Sentral pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq turut berdepan pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM120,000 milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise.

Pertuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Selain itu, beliau turut dituduh melakukan dua transaksi pengubahan wang haram dengan memindahkan RM50,000 ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 15 tahun serta denda lima kali ganda nilai wang yang terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syed saddiq keputusan2026-06-30 09:52:42

(TERKINI) Keputusan Rayuan Kes Penyelewengan Dana ARMADA Syed Saddiq

The post “Tak Banyak Saya Ingin Katakan..” – Bella Astillah Hadir Beri Sokongan Buat Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved