Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang

30 Apr 2025 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Tiga sekeluarga dilaporkan selamat selepas rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Bobot sekitar jam 5.45 pagi pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud Penolong Penguasa Bomba Elgie Bakuk berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 5.50 pagi.

Katanya seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebaik tiba di lokasi pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal musnah 90 peratus akibat kebakaran.

“Api merebak dengan cepat namun tiga penghuni termasuk seorang ibu tunggal dilaporkan tidak cedera.

“Bagaimanapun harta benda dan sebahagian dokumen penting milik penghuni gagal diselamatkan,” katanya.

Menurut Elgie kebakaran dikawal pada jam 6.13 pagi sebelum merebak ke rumah penduduk lain yang berhampiran.

Beliau berkata operasi ditamatkan pada jam 7.37 pagi manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.