Tiga hari gagal dihubungi, lelaki ditemukan mati dalam bilik sewa

7 Sep 2026 • 11:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga hari gagal dihubungi, lelaki ditemukan mati dalam bilik sewa

LANGKAWI – Kebimbangan ahli keluarga yang gagal menghubungi seorang lelaki selama tiga hari membawa kepada penemuan mayat mangsa di bilik sewanya di Kampung Ranggut, Padang Matsirat, di sini semalam.

Mangsa, Khairol Iqmal Rohidin, 37, yang tidak bekerja dan berasal dari Kangar, Perlis ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di atas katil di bilik tersebut lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, pemilik bilik sewa menerima panggilan telefon daripada sepupu mangsa pada pukul 6.55 petang semalam yang memaklumkan bahawa lelaki itu sudah tiga hari tidak dapat dihubungi.

“Pemilik kemudian mendapati bilik sewa itu berkunci sebelum memanggil mangsa beberapa kali, namun tiada jawapan.

“Dia kemudian meninjau ke dalam bilik melalui tingkap dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri di atas katil sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan luaran.

“Tiada tanda-tanda berlaku kejadian jenayah dan mangsa didapati tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit,” ujarnya

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga hari gagal dihubungi, lelaki ditemukan mati dalam bilik sewa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved