Tiga individu termasuk jeneral ditangkap kerana intip telefon Prabowo

WorldPolitics
3 Nov 2026 • 10:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga individu termasuk jeneral ditangkap kerana intip telefon Prabowo

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan tiga individu kerana didakwa mencuri dengar telefon Presiden Prabowo Subianto, kata polis pada Selasa, dengan laporan media menyatakan salah seorang suspek mungkin seorang pegawai kanan.

Prabowo, yang memegang jawatan pada 2024, berdepan tekanan yang semakin meningkat berhubung pengendalian ekonomi oleh kerajaan dan kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan di kepulauan Asia Tenggara itu.

Pegawai kanan penyiasat, Asep Safrudin hanya mengenal pasti suspek menggunakan huruf awal nama mereka, LSP, ASN dan EH dan berkata, mereka disiasat kerana didakwa mencuri dengar  telefon Presiden Republik Indonesia serta beberapa tokoh penting lain.

Mangsa lain yang didakwa turut menjadi sasaran termasuk pegawai kerajaan dan ahli politik, wartawan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli perniagaan.

Asep berkata, telefon termasuk milik Prabowo telah dicuri dengar tanpa sebarang asas undang-undang atau tanpa proses penyiasatan mahupun siasatan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Seorang anggota polis yang mengetahui mengenai dakwaan jenayah itu membuat laporan pada Jumaat, kata Asep kepada wartawan di Jakarta.

Sejak itu, polis menyoal 10 saksi dan tiga saksi pakar serta merampas bukti berupa 11 telefon bimbit, sebuah iPad selain empat pemacu kilat.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Dalam sidang media berasingan, Menteri Kehakiman, Yusril Ihza Mahendra  mengenal pasti LSP sebagai seorang jeneral yang masih berkhidmat.

Media Indonesia melaporkan individu itu dipercayai Listyo Sigit Prabowo yang tidak mempunyai pertalian dengan Presiden dan dilantik sebagai ketua stafnya sebulan lalu, selepas berkhidmat sebagai ketua polis negara selama lima tahun.

Beliau berpangkat jeneral. – AFP

The post Tiga individu termasuk jeneral ditangkap kerana intip telefon Prabowo appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved