Tiga jenazah mangsa nahas lori imigresen selesai disolatkan

19 Aug 2026 • 8:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga jenazah mangsa nahas lori imigresen selesai disolatkan

KUALA LUMPUR – Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail, di sini, selesai dimandi, dikafan dan disolatkan selepas solat maghrib, malam ini.

Ketiga-tiga jenazah sebelum itu tiba di Masjid Jamiul Ehsan, Setapak kira-kira pukul 5.53 petang bagi menjalani urusan mandi jenazah, kafan dan solat jenazah.

Suasana di pekarangan masjid dipenuhi ahli keluarga dan waris mangsa yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan.

Tiga van jenazah membawa jasad tiga mangsa yang maut dalam nahas berkenaan tiba di masjid secara beriringan.

Kesemua jenazah kemudiannya dibawa ke Kampar, Perak untuk urusan pengebumian.

Terdahulu, tiga daripada empat ahli keluarga berkenaan maut selepas dirempuh lori JIM dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail.

Lori berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI). – KOSMO! ONLINE

The post Tiga jenazah mangsa nahas lori imigresen selesai disolatkan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved